Saturday, 31 October 2020

10 Tanda Pekerja Anda Hilang Semangat!

 10 Tanda Pekerja Anda HILANG SEMANGAT!

Mencari bakat yang tepat dan membantu staf anda berkembang maju adalah salah satu cabaran terbesar yang dimiliki oleh pemimpin, CEO, atau pengasasnya, terutama sejak kerja dan tugas bertambah telah menjadi kebiasaan. Anda sebagai majikan bukan sahaja perlu mencari orang yang sangat pintar, anda juga harus memastikan mereka tetap berpegang teguh, dan bukannya melaku keputusan secara mendadak.
Satu kunci terpenting untuk ini adalah memastikan bahawa orang anda berada dalam peranan yang dan tanggungjawab yang betul dalam landasan. Selalunya, masalah prestasi disusuli dengan analisa yang salah. Sekiranya anda mempunyai seseorang dalam pasukan anda yang tidak bersemangat bekerja, yang tidak menunjukkan prestasi sebagaimana patut, atau yang kelihatan bosan dan melepaskan tanggungjawab mereka masing-masing, masalahnya ini tidak selalunya berkait rapat dengan kemampuan orang itu.
Bagaimana anda dapat mengetahui sama ada pekerja anda mempunyai peranan yang betul? Selalunya ianya sangat sukar untuk diketahui. Berikut adalah 10 jenis tanda-tanda pekerja yang sudah mulai hilang semangat untuk bekerja.

1. Mereka sering kali bosan atau melepaskan diri, dan anda selalu dapat merasakan bahawa kepala mereka tidak berada dalam permainan.
2. Mereka tidak dapat menguasai tugas yang diberikan, walaupun terdapat banyak maklum balas yang bertujuan untuk membina gerak kerja yang baik serta sistematik.
3. Mereka sering tidak berkongsi idea dengan anda atau rakan sekerja yang lain.
4. Mereka jarang mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan atau berkongsi perspektif mereka dengan orang lain.
5. Anda dapat melihat bahawa mereka mudah kecewa.
6. Apa sahaja tugas yang dilakukan mereka tidak lagi sistematik dan baik.
7. Anda perlu menyelesai sebarang masalah kecil yang dihadapi atau ditimbul oleh mereka.
8. Mereka berkomunikasi bahawa mereka tidak merasa dihargai, walaupun pelbagai cara penghargaan yang telah diberi kepada meraka.
9. Walaupun ada usaha untuk memberikan maklum balas, bimbingan, dan dukungan, prestasi mereka tetap tidak akan atau susah berubah sediakala.
10. Mereka telah menjelaskan ketidakselesaan mereka dalam pentabiran syarikat.
Credit: Inc. Magazine

No comments:

Post a Comment