Monday 16 November 2020

Semakan GKP 2.0 (Permohonan Diterima & Status Bantuan Lulus)

Cara semak status GKP (Lulus atau Tidak)

Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) secara online.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • Permohonan Diterima
    • Dalam Proses
    • Lulus
    • Tidak Lulus
  7. Sekiranya status Lulus:
    • Ini bermakna anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP 2.0 akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, tarikh bayaran duit GKP 2.0 anda dimaklumkan kemudian.
  8. Sekiranya status Tidak Lulus:
    • Ini bermakna anda tidak layak untuk terima bantuan GKP Hasil sebanyak RM3,000. Setakat ini, belum ada maklumat lagi samada boleh buat rayuan GKP 2.0 atau tidak. Kami akan maklumkan kemudian.

Akhir kalam

Sekiranya anda sudah buat semakan GKP 2.0 secara online dan mendapat status permohonan diterima, jangan terlalu gembira.

Permohonan diterima itu cuma bermaksud Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima permohonan GPK 2.0 kita.

Yang lebih penting ialah status Lulus. Hanya jika mendapat status Lulus, kita akan layak menerima pembayaran GKP 2.0 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Sila semak bila GKP 2.0 akan dibayar supaya anda boleh siap-siap dan bersedia untuk pergi ke bank.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment